Thursday, June 2, 2011

Imaginasi.

Emosi yang terganggu boleh menyebabkan semua perkara menjadi tiada haluan. Seiringi dengan keadaan dirinya yang sudah tidak mengetahui apa itu realiti dan angan-anganan. Dirinya mempunyai situasi yang susah untuk dijalani oleh semua orang. Perasaan memberontak tiada terkata, tapi ditahan oleh dirinya untuk meneruskan kehidupan sebegitu rupa.

Siapa tahu, disebabkan emosi nya yang susah untuk dibendung, muncul lah pelbagai imaginasi dalam dirinya. Sudah tentu, bukan realiti. Bermula lah cerita cerita yang sukar dipercayai. Dikelilingi oleh makhluk-makhluk Allah yang tidak sempurna, dirinya inginkan perhatian yang banyak sekali. Dari situ, bermula lah cerita imaginasi nya. Tidak menyedari kepintaran teman-teman setia yang berada di sisinya, dirinya dibelenggu oleh imaginasi.

Dari kisah kehidupan, percintaan dan seterusnya rakan rakan juga. Berada ditempatnya, hanya rasa kasihan dapat diberikan. Susah untuk berterus terang tentang perkara yang mengaibkan diri seseorang. Takut diri dilabelkan sebagai hipokrit. Ini tidak adil untuk semua. Tidak tahu sama ada mata mereka terbuka seperti yang sepatutnya. Dilapik lapik. Harap dirinya mengerti apa yang tersemat dihati. Menyedari dirinya sudah besar tinggi, seharusnya dirinya mengerti.

Teramat susah untuk melayani, cuma berharap suatu masa nanti perbuatannya disedari. Doa terus diiringi untuk dirinya yang disayangi :D